Jumaat, 6 Februari 2015

NURUL SOFEA ALISYA BINTI SYED SAIFULLAH

NURUL SOFEA ALISYA BINTI SYED SAIFULLAH
CAHAYA KEBAHAGIAN MAMA & PAPA.

NURUL SOFEA ALISYA adalah nama yang membawa sinar cahaya kebahagiaan buat mama dan papa.. nama yang mampu membuat mama dan papa tersenyum bahagia.. nama ini juga dapat membuatkan mama dan papa lupa akan keperitan dan kesengsaraan yang kami lalui, terima kasih sayang kerana menolong mama dan papa melupai semua keperitan itu dan terima kasih kerana membawa kami kearah sinar cahaya sang matahari... Tidak mampu mama & papa membalas jasa anak mama ini kerana telah melarikan mama dan papa daripada kegelapan yang   amat memerikkan..

Walaupun NURUL SOFEA ALISYA tidak dapat bermain, berlari,  ketawa, tersenyum dan sebagainya seperti  anak-anak yang lain, namun alisya tetap anak mama dan papa.. mama dan papa disini tidak pernah melupaimu sayang.. walaupun papa alisya selalu sibuk dengan kerja tetapi difikirannya tetap ada kita sayang.. kerana bagi papa, alisya adalah sumber kebahagiaannya dan kegembiraannya untuk melalui hari demi hari yang semakin mencabar..

Mama berharap Alisya disana selalulah mendoakan mama dan papa disini agar hubungan kami diperkuatankan lagi untuk menjalani hubungan suami isteri selamanya.... Apabila tibanya alisya datang kepada mama, mama akan sambut alisya dengan penuh kegembiraan.. tetapi sebelum mama dapat berjumpa alisya mama mesti melalui pelbagai halangan dalam tempoh 9bulan.. dalam tempoh itu alisya jangan risau.. alisya akan selamat bersama dengan mama.. papa?? papa pun akan ada bersama  dengan mama  untuk melindungi alisya sehinggalah nafas terakhir mama dan papa.. Alisya tidak keseorangan Alisya Ada mama, alisya ada papa dan insyaalllah sayang, alisya juga akan ada adik lelaki yang bernama Syed Muhammad Syed  Al-hafiz bin syed saifullah... Apa?? panjang sangat nama adik alisya?? hehehhe  yang itu mama tak tahu sayang.. kalau alisya nak tahu kenapa  panjang sangat nama adik.. alisya pergilah tanya papa.. insyaallah papa ada jawapannya...

bagi papa alisya adalah sumber kebahagiaan dan kegembiraan papa tetapi  bagi mama alisya adalah sumber kekuatan mama.. setiap kali mama ada masalah mama akan ingat alisya dan papa.. mama sudah tiada sesiapa lagi didunia ini melainkan papa, alisya dan adik al-hafiz.. bila mama lemah mama akan ingat papa, alisya dan adik alq-hafiz jadi mama terus berubah jadi kuat bak kata papa " mama sado "  hahahahaha ada-ada saja papa alisya tu.. tiada yang lebih mengembirakan mama melainkan bila papa, alisya dan adik al-hafiz selalu ada disamping mama..

NURUL SOFEA  ALISYA & SYED MUHAMMAD SYED AL-HAFIZ.. MAMA DAN PAPA MENUNGGU KEHADIRANMU SAYANG..
SALAM SAYANG DAN SALAM RINDU DARIPADA MAMA DAN PAPA UNTUK ANAK KESAYANGAN KAMI DISANA..
WASSALAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan